Hikmah Dari Sebuah Renungan

Hadis Rasulullah S.A.W :- Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari gula (madu) sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman pada mereka:- Apakah terhadapKU mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaranKU Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung

Dari Umar r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:Tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak ada wudhuk.Dan tidak ada Agama bagi orang-orang yang tidak sembahyang. Sesungguhnya kedudukan sembahyang didalam Agama, adalah seumpama kepala kepada badan
(HR. Tabrani dan Targhib)

Dari Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Seorang Muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada sorang Muslim yang kaya. (HR. Tirdmizi)

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Jauhilah tujuh jenis dosa yang menghancurkan. Apabila ditanya wahai Rasulullah apakah mereka itu..? Baginda menjawab: Mensyirik-kan sesuatu dengan Allah, melakukan sihir, membunuh, makan riba', menghambur-hamburkan harta anak yatim, melarikan diri secara diam-diam dari pasukan Muslim yang sedang berjihad, memfitnah wanita beriman yang tidak berdosa melakukan zina. (HR. Bukhari)

Kasyaf ( Khowariqul 'adat )


Assalamualaikum,
Pada membicarakan tentang kasyaf marilah sama-sama kita renungkan apa itu kasyaf..? Kasyaf ini bukan-nya suatu ilmu tapi ianya berupa kelebihan pandangan yang di kurniakan Allah S.W.T kepada setiap hamba-nya yang di kehendaki yakni pandangan tembus, pandangan ini juga ada banyak peringkat, ada yang boleh melihat masa depan orang lain, ada yang boleh melihat masalah orang, ada yang boleh melihat alam jin, ada yang boleh melihat alam malaikat, ada yang boleh melihat alam kubur dan banyak lagi alam-alam ghaib ciptaan Allah S.W.T.
Sungguh beruntung bagi orang-orang yang diberi penglihatan (kasyaf) sedemikian oleh Allah kepada hamba-hamba-nya yang terpilih, antara kasyaf tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia ialah kasyaf Syeikh Abdul Qodeir Al-Jailani iaitu perbicaraan batin secara langsung dengan Allah S.W.T. Bagi untuk mencapai kasyaf ditahap ini seseorang itu haruslah mencapai ilmu (Syahadah) yakni ilmu tertinggi dalam segala ilmu ketuhanan kerana ia merupakan sebuah ilmu yang dimiliki dan diijazah langsung dari Allah S.W.T tanpa perantaraan seperti dalam artikel saya yang sebelum ini iaitu kasyaf maknawi.
Sungguh beruntung andai kita juga tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat (kasyaf) penglihatan seperti ini, para-para wali Allah yang sebelum ini juga di kurniakan kasyaf, ini berbeza dengan nabi atau rasulullah kerana beliau di kurniakan (mukjizat), adapun disini saya tidak mahu membicarakan tentang mukjizat tapi kasyaf, kerana kasyaf ini terbahagi kepada banyak peringkat , adapun disini juga tidak bercadang untuk membicarakan-nya secara details kerana matlamat saya disini ialah “ kasyaf yang boleh melihat keburukan diri sendiri ” bukan kasyaf yang boleh melihat masa depan atau keburukan orang lain, tetapi mampu melihat keburukan diri sendiri dan menerima-nya dengan penuh redha dan ikhlas.
Inilah matlamat saya kepada perbicaraan tentang kasyaf ini, adapun kita harus berusaha untuk mencapai kasyaf ini baru bisa sampai kepada kasyaf seterus-nya.  Dalam untuk mencapai kasyaf ini hendaklah kamu “ Ihsan “ kepada diri kamu sendiri, adapun ihsan ini juga luas untuk di bicarakan namun saya hanya ingin mengambil sedikit  petikan dari jawapan rasulullah S.A.W kepada malaikat Jibril a.s apabila ditanyakan tentang ihsan, maka rasulullah S.A.W menjawab:
 Ihsan itu jika kamu solat seolah-olah kamu lihat akan Allah, kalaupun engkau tidak melihat kepada-nya ketahuilah bahawasanya ia sedang melihat kepadamu, hendaklah kamu ihsan juga terhadap haiwan sebelihanmu tajamkanlah pisau supaya tidak membuat haiwan sembelihanmu terseksa “
Maksud ihsan yang dikehendaki disini ialah “ Nyata “ kalau kamu solat kamu nyata akan Allah, kalau kamu sembelih haiwan sembelihanmu maka kamu nyata kamu rasa akan kesakitan yang dihadapi haiwan sembelihanmu akan pada dirimu, barulah kamu benar-benar ihsan kepadanya,  begitu juga yang dikehendaki pada kasyaf itu sendiri yakni kamu nyata akan kasyaf terhadap keburukan atas dirimu sendiri bukan untuk melihat akan keburukan orang lain. Inilah kasyaf yang paling sempurna diantara kasyaf pada pendapat saya, namun disini bukan saya hendak terpesona dengan pendapat saya sendiri atau terlena dengan pendapat saya sendiri, bahkan disini saya mengalu-alukan pendapat para ilmuan ataupun cendekiawan yang bijaksana untuk berkongsi pengetahuan dalam membentuk pemikiran umat manusia sejagat.
Janganlah hendaknya jika mempelajari sesuatu ilmu hanya untuk mencari kelebihan di dunia dengan kasyaf yang kita miliki yang dengan-nya boleh memberitahu sesuatu yang ghaib kepada sahabat kita yang belum pernah melihat alam ghaib, bahkan boleh menceritakan hal-hal yang di luar pemikiran orang umum (khowariqul ‘adath) namun disitu timbul suatu perasaan riak “ kahfi “ dalam diri kita,  inilah salah satu dari tanda-tanda kejahilan bagi seorang ahli hakikat.  Seharusnya digunakan sebaik-baiknya kelebihan yang Allah Ta’ala kurniakan kepada kita bagi untuk menilik dan mengetahui akan kekurangan dan keburukan atas diri sendiri barulah mencapai martabat seorang insan yang benar-benar kamil mukamil, bukan mencari kelemahan dan keburukan orang lain.
Pada martabat ini manusia itu sentiasa sedar akan ketiadaan dirinya bahkan Allah-lah yang kekal sempurna, “ Segala sesuatu pasti binasa kecuali wajah-wajah Allah “ , “ Kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu disitulah kamu lihat wajah-wajah Allah “, bukan wajah diri asal Allah itu tetapi segala gerak-geri dan diam setiap makhluk itu menandakan  Allah-lah yang menggerakkan-nya diatas sifat yang maha menggerakan-nya, tidur baring, jalan, makan dan minum semuanya menandakan wujudnya Allah, kita tidak dapat bergerak andai tiada kuasa yang menggerakan-nya. Wallahu’alam@@@@
There was an error in this gadget

Tonton Video

Loading...