Hikmah Dari Sebuah Renungan

Hadis Rasulullah S.A.W :- Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu domba, lidah mereka lebih manis dari gula (madu) sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman pada mereka:- Apakah terhadapKU mereka bermain-main dan melawan, dengan kebesaranKU Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung

Dari Umar r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda:Tidak sempurna iman bagi orang-orang yang tidak amanah dan tidak ada sembahyang bagi orang-orang yang tidak ada wudhuk.Dan tidak ada Agama bagi orang-orang yang tidak sembahyang. Sesungguhnya kedudukan sembahyang didalam Agama, adalah seumpama kepala kepada badan
(HR. Tabrani dan Targhib)

Dari Jabir Bin Abdullah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Seorang Muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada sorang Muslim yang kaya. (HR. Tirdmizi)

Dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Jauhilah tujuh jenis dosa yang menghancurkan. Apabila ditanya wahai Rasulullah apakah mereka itu..? Baginda menjawab: Mensyirik-kan sesuatu dengan Allah, melakukan sihir, membunuh, makan riba', menghambur-hamburkan harta anak yatim, melarikan diri secara diam-diam dari pasukan Muslim yang sedang berjihad, memfitnah wanita beriman yang tidak berdosa melakukan zina. (HR. Bukhari)

Hakikat Insan kamil


Maka sebagai mana yang telah kita ketahui perjalanan mengenal itu membawakita kepada pengertian SYARIAT, TARIKAT, HAKIKAT DAN MAKRIFAT dan juga yang dikatakan MARGA atau JALAN dalam kefahaman AJARAN HAKIKAT maka PERJALANAN itu sebenarnya IALAHjalan kita mendekati akan Tuhan kita iaitu mengikuti peraturan yang menjadi asanya HUKUM agar patuh akan apa yang dikehendaki dan kedua kebaktian diatas peraturan itu yang membuka kepada pintu
There was an error in this gadget

Tonton Video

Loading...